POLITIK

PH Parit Raja turun padang dekati rakyat, dengar keluhan peniaga, penduduk

PARIT RAJA – Pendekatan turun padang terus menjadi tumpuan calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja, Shazwan Dzainal Abidin dalam usaha mendekati rakyat apabila siri kempen di Kompleks Niaga Parit Raja di sini memberi ruang kepada mereka bertemu peniaga serta pengunjung secara langsung.

Shazwan Zdainal berkata, program berkenaan yang turut disertai Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman itu menjadi platform penting untuk mendengar sendiri pandangan serta keperluan masyarakat setempat.

“Program ini memberi peluang kepada mereka menyantuni para peniaga dan pengunjung di kawasan tersebut, selain mengumpul maklum balas bagi merangka inisiatif lebih berkesan untuk kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Shazwan berkata, pendekatan turun padang dan interaksi secara langsung dengan rakyat amat penting bagi memahami isu sebenar yang dihadapi komuniti setempat.

Menurutnya, maklum balas yang diterima daripada peniaga dan pengunjung akan dijadikan panduan dalam merangka usaha serta inisiatif lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat.

“Pertemuan seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, malah memberi ruang untuk kami mendengar sendiri suara masyarakat serta memahami cabaran yang mereka hadapi,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmennya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat serta membawa aspirasi rakyat ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Saya percaya anak muda mempunyai peranan besar dalam membawa perubahan. Justeru, setiap pandangan, idea dan cadangan yang dikongsikan akan didengar dengan penuh perhatian,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button