POLITIK

PRN Johor: PH lancar manifesto dalam masa terdekat

KULAI – Manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, draf manifesto berkenaan sudah dimuktamadkan Jawatankuasa Manifesto namun masih tertakluk kepada kelulusan akhir dalam mesyuarat bersama kepemimpinan tertinggi gabungan itu, Isnin ini.

Jelas beliau, manifesto itu akan mengetengahkan tawaran yang lebih realistik, praktikal dan mudah difahami rakyat.

“Manifesto kali ini akan tampil dengan satu kerangka yang realistik, jelas (tangible) dan munasabah (reasonable).

“Dulu, saya dan Datuk Seri Amirudin Shari terlalu idealis dalam membuat manifesto. Sehingga beratus muka surat, mencakupi pelbagai perkara.

“Tapi lama kelamaan kami jadi sangat realistik. Manifesto biarlah satu yang realistik yang boleh rakyat faham, boleh terkait dengan mereka,” katanya dalam satu sidang media, di sini hari ini.

Saifuddin menambah, manifesto itu nanti akan memberi penekanan kepada aspek kestabilan dan kemakmuran ekonomi, kebajikan rakyat, kestabilan politik, tadbir urus yang baik, peningkatan hasil negeri serta pengagihan yang adil kepada rakyat.

PH dalam masa yang sama akan turut menekankan politik berasaskan prestasi berbanding politik identiti yang disifatkan hanya mengundang perpecahan.

“Politik identiti tiada pemenang. Sebaliknya ia hanya menimbulkan ketegangan. Sebab itu kami mahu menawarkan politik yang berasaskan prestasi dan penyelesaian kepada rakyat.

“Tetapi tidak syak lagi, manifesto itu akan mencakupi semua perkara, dalam gaya persembahan lebih simplistik tanpa menjejaskan tawaran kami,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button