PRN Johor: Mohd Sumali calon BN bagi DUN Benut
JOHOR BAHRU – Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan, hari ini dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Pengumuman pencalonan beliau dibuat Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Pengumuman Calon BN Bagi PRN Johor yang diadakan di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor, di sini petang tadi.
Ini merupakan kali pertama buat Mohd Sumali yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) diberi kepercayaan bagi mengekalkan pengaruh BN di kawasan berkenaan.
Kerusi DUN Benut sebelum ini disandang Datuk Seri Ir Hasni Mohammad yang juga bekas Menteri Besar Johor.
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu memegang kerusi DUN Benut sejak Pilihan Raya Umum 2008 dan berjaya mempertahankannya pada 2013, 2018 dan 2022.
PRN Johor akan berlangsung 11 Julai ini, dengan 27 Jun ditetapkan sebagai hari penamaan calon dan pengundian awal pada 7 Julai.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















