JENAYAH & MAHKAMAH

Peguam Negara rayu keputusan bebas 4 pertuduhan Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas empat pertuduhan berhubung kes salah guna kuasa berjumlah RM232.5 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menegaskan
keputusan mahkamah melepaskan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya melibatkan empat pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun katanya, tiga lagi pertuduhan bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 masih kekal.

“Tarikh sebutan bagi kes itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ialah pada 19 September depan,” katanya.

Pada pagi tadi, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan bahawa pertuduhan ke atas Muhyiddin itu cacat dan tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah.

Jelas Jamil, pertuduhan itu juga tidak mendedahkan butir-butir yang mencukupi mengenai kesalahan yang didakwa mengikut Akta SPRM 2009.

Justeru, hakim membenarkan permohonan Ahli Parlimen Pagoh itu menggugurkan empat pertuduhan predikat bawah Seksyen 23 Akta SPRM.

Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu untuk mendapatkan dana parti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button