BERITA SEMASADALAM NEGERI

Lebih 51,000 kedai terlibat pelaksanaan larangan pameran produk merokok

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa lebih 51,000 kedai di seluruh negara akan terlibat dalam pelaksanaan larangan pameran produk merokok di kaunter jualan mulai 1 April ini.

Menurut KKM, penguatkuasaan itu akan dilaksanakan secara berfasa yang mana peniaga diminta untuk memastikan produk rokok disimpan dalam almari bertutup berbanding penggunaan kain atau kanvas bagi mengelakkan sebarang ketidakpatuhan yang boleh memberi ruang kepada aktiviti promosi secara tidak langsung.

“Larangan ini adalah sebahagian daripada Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Kawalan Penjualan) 2024 di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

“Akta ini dikuatkuasakan secara rasmi pada 1 Oktober 2024,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Kenyataan media KKM.

KKM menegaskan bahawa mereka akan terus bekerjasama dengan para peniaga bagi memastikan pemasangan almari bertutup dilakukan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Pemantauan akan dilakukan secara berkala dan proses itu dijangka selesai
sepenuhnya menjelang 1 Oktober 2025.

Langkah itu kata KKM selaras dengan usaha kerajaan untuk mengawal penjualan dan promosi produk tembakau bagi melindungi kesihatan awam, terutama dalam kalangan generasi muda.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button