BERITA SEMASA

Jerebu bukan Dukhan, jangan sewenang-wenangnya kaitkan dengan kiamat – Ustaz Azhar Idrus

KUALA LUMPUR – Fenomena jerebu yang menyelubungi ruang udara beberapa negara ketika ini tidak boleh sewenang-wenangnya dikaitkan dengan Dukhan iaitu salah satu tanda besar kiamat, menurut pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Beliau menjelaskan, Dukhan yang disebut dalam Surah ad-Dukhan mempunyai ciri tersendiri dan tidak sama dengan fenomena jerebu akibat pembakaran hutan atau sampah.

Keadaan jerebu di Kuala Lumpur.

“Dukhan ini adalah alamat dekat nak berlaku kehancuran alam. Sekarang bukan Dukhan.

“Dukhan ini keluar dari lubang-lubang bumi dan asapnya menutup sepertiga bumi dan akhirnya semakin banyak. Itu Dukhan dalam Surah ad-Dukhan,” katanya menerusi satu video dalam sesi soal jawab agama.

Menurutnya, jerebu yang berlaku ketika ini lebih berkaitan dengan pembakaran terbuka termasuk kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

“Sekarang bukan Dukhan, itu orang bakar sampah. Sumatera bakar sampah, Kalimantan bakar sampah,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Sumatera mempunyai keluasan yang besar berbanding Semenanjung Malaysia, justeru pembakaran hutan secara meluas boleh menghasilkan asap yang merebak ke kawasan lain.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat andaian sendiri dengan mengaitkan setiap fenomena alam dengan tanda kiamat tanpa memahami penjelasan agama mengenainya.

“Jangan kita nak pandai-pandai agak-agak ikut suka hati.

“Dia ada tertib kejadian kiamat. Keluarnya Imam Mahdi, dajjal dan Nabi Isa AS, kemudian Dukhan dan sebagainya,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button