Jerebu : 28 kawasan catat IPU tidak sihat
KUALA LUMPUR – Sebanyak 28 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi ini susulan keadaan jerebu yang terus menjejaskan beberapa negeri.
Berdasarkan semakan menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Tasek Ipoh, Perak merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 181, diikuti Seri Manjung, Perak (178) dan Johan Setia, Selangor (161).
Turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Sungai Petani, Kedah dan Pegoh, Perak masing-masing dengan bacaan 159, manakala Cheras dan Batu Muda di Kuala Lumpur masing-masing merekodkan bacaan 158 dan 157.
Di Putrajaya dan Nilai, bacaan IPU masing-masing berada pada paras 158, sementara Minden, Pulau Pinang dan Taiping, Perak mencatatkan bacaan 157. Seberang Jaya pula merekodkan bacaan 155.
Selain itu, Tanjung Malim dan Shah Alam masing-masing mencatatkan bacaan 155, manakala Seberang Perai, Seremban dan Kuala Terengganu merekodkan bacaan 153.
Balik Pulau dan Petaling Jaya pula mencatatkan bacaan 151, diikuti Banting, Bukit Rambai, Batu Pahat serta Jerantut yang turut berada pada paras sama.
Bandaraya Melaka merekodkan bacaan IPU 149, manakala Kulim Hi-Tech (134), Kluang (129), Alor Gajah (121) dan Klang (108) turut berada dalam kategori tidak sihat.
Sementara itu, sebanyak 31 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana antara 51 hingga 100.
Antara kawasan berkenaan ialah Besut dan Tanah Merah yang masing-masing merekodkan bacaan 99, diikuti Segamat (97), Temerloh (96), Kemaman (95) dan Kota Bharu (95).
Kuching pula merekodkan bacaan 90, manakala Kangar (73), Langkawi (69), Tawau (61) dan Limbang (51) turut berada dalam kategori sederhana.
Dalam pada itu, hanya sembilan kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap baik, dengan Kota Kinabalu mencatatkan bacaan terendah iaitu 22, diikuti Politeknik Kota Kinabalu (34), Sandakan (40), Keningau dan Kapit masing-masing 41.
Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, terutama golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan sekiranya keadaan jerebu berterusan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








