SUKANBERITA SEMASA

Kepulangan jaguh perseorangan, Zii Jia disambut nenek

SEPANG – Jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia, bergegas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari Paris, sebentar tadi.

Semalam, Zii Jia yang berjaya menambah koleksi pingat gangsa kontinjen Malaysia dalam Sukan Olimpik 2024 selepas menewaskan pencabar dari India, Lakshya Sen, disambut meriah di balai ketibaan KLIA.

Turut disambut adalah beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Bagaimanapun, Zii Jia tidak sempat meluangkan masa yang panjang bersama peminat apabila terus menaiki kenderaan yang sudah menunggunya.

Tindakannya itu difahami kerana kehadiran neneknya yang sudah lama menunggu di KLIA akibat penerbangan Zii Jia yang tertangguh.

Neneknya kelihatan sabar menantikan cucu kesayangannya itu dengan penuh harapan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button