BERITA SEMASA

Bilal maut motosikal terbabas dalam perjalanan ke masjid

HULU TERENGGANU – Hasrat seorang bilal untuk melaungkan azan Subuh di Masjid Bukit Perah berakhir tragedi apabila dia maut dalam nahas di Kilometer 29, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Bukit Perah, Ajil, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.05 pagi itu, Samaruzaman Ismail, 66, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, ketika kejadian warga emas berkenaan menunggang motosikal Honda ADV160 dari rumahnya menuju ke masjid tersebut.

“Setibanya di lokasi, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh pembahagi jalan,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Menurut Sharudin, jenazah mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button