Penunggang motosikal maut dalam nahas dengan trak pikap
BERA – Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan tragis selepas kenderaan ditungganginya bertembung dengan sebuah trak pikap sebelum diseret sejauh kira-kira 40 meter dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Bera–Mayam, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bandar Bera menuju Felda Mayam.
“Apabila sampai di lokasi kejadian mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah trak pikap di selekoh jalan.
“Mangsa serta motosikal itu terseret ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lagi trak pikap.
“Mangsa yang cedera parah di kepala dan patah tangan serta kaki, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.
Tambah Zulkiflee, pemandu kedua-dua trak pikap berusia 23 dan 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








