JENAYAH & MAHKAMAH

Empat maut dihempap pokok tumbang, seorang kanak-kanak terselamat

BENTONG – Empat individu termasuk tiga sekeluarga maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Raptor yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Lama Kuala Lumpur-Karak berhampiran pintu gerbang Janda Baik di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, lima mangsa berada di dalam trak pikap berkenaan apabila pokok terbabit tiba-tiba tumbang lalu menghempap kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa yang maut ialah pemandu lelaki berusia 35 tahun, seorang wanita yang duduk di tempat penumpang hadapan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun serta seorang lelaki berusia 40 tahun yang berada di tempat duduk belakang.

“Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang duduk di bahagian belakang mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh untuk dibedah siasat.

Menurutnya, mangsa yang cedera pula dibawa ke Hospital Bentong bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button