Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang
JELI – Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap sebatang pokok tumbang ketika melalui Jalan Air Lanas-Gemang, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, mangsa, Mohd Alia Sabri Mat Repin, 40, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Ketua Balai dan Penyelamat Bomba Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.05 pagi sebelum 10 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati mangsa terperangkap di bawah pokok yang menghempap sebuah motosikal.
“Jenazah mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








