BISNES & EKONOMI

KAB Gold tekankan pematuhan Syariah, ketelusan urus niaga emas

KUALA LUMPUR – Pematuhan Syariah dan ketelusan dalam setiap urus niaga menjadi antara penekanan KAB Goldynamics Sdn Bhd (KAB Gold) dalam menjalankan perniagaan emas bagi membina keyakinan pelanggan terhadap syarikat itu.

Syarikat milik penuh Muslim itu menegaskan bahawa prinsip Syariah menjadi asas kepada keseluruhan operasi dan transaksi perniagaannya, termasuk urusan jual beli emas.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KAB Gold, Mohamed Khairul Anuar Mohd Basri berkata, kejayaan perniagaan bukan hanya diukur berdasarkan pertumbuhan dan jualan, sebaliknya turut dinilai melalui sumbangan kepada masyarakat.

“Kami amat bersyukur kerana dapat membuka cawangan baharu KAB Gold di Kuala Lumpur dan pada masa yang sama meraikan pembukaan ini bersama pelanggan serta komuniti.

“Bagi kami, kejayaan sebuah perniagaan bukan hanya diukur melalui pertumbuhan dan jualan, tetapi juga melalui sejauh mana kita mampu berkongsi rezeki dan memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena pembukaan cawangan baharu KAB Gold di KL Traders Square, Setapak, yang dirasmikan pendakwah selebriti, Ustaz Zul Ramli M. Razali di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, syarikat itu berharap setiap usaha yang dilaksanakan dapat memberikan manfaat kepada pelanggan dan komuniti, selaras dengan tanggungjawab untuk berkongsi rezeki.

“Kami berharap sumbangan ini dapat memberi sedikit ruang dan manfaat kepada para penerima. Kami percaya setiap rezeki yang diperoleh mempunyai tanggungjawab untuk dikongsi, dan kami mahu semangat tersebut menjadi sebahagian daripada perjalanan KAB Gold,” tambah beliau.

Sempena pembukaan cawangan berkenaan, KAB Gold mengagihkan zakat kepada 60 penerima asnaf di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Akar Budi Centre.

Agihan berkenaan menggunakan sebahagian daripada zakat yang dibayar KAB Gold kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) pada tahun sebelumnya dan dikembalikan kepada syarikat untuk diagihkan sendiri kepada golongan asnaf yang layak.

Pembukaan cawangan baharu itu bertujuan memperkenalkan KAB Gold kepada komuniti setempat, mengeratkan hubungan dengan pelanggan serta memperkukuh jenama syarikat dalam industri emas tempatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button