BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

The Feruni Atelier gabungkan seni, reka bentuk dan pengalaman jubin imersif

KUALA LUMPUR – Syarikat jubin premium, Feruni Ceramiche melakar sejarah dengan pelancaran The Feruni Atelier yang berkonsep kontemporari dalam usaha mengangkat martabat jubin yang melampaui fungsinya.

Ketua Pegawai Eksekutif Feruni, Datuk C.C. Ngei berkata, The Feruni Atelier memperlihatkan komitmen Feruni dalam pelbagai sudut termasuk mengubah ruang bagi memberi inspirasi kepada pengunjung.

Menurut beliau, ruang seni ini yang direka dengan teliti bukan sekadar memaparkan permukaan jubin tetapi mampu membawa pengalaman yang bermakna bagi menyuntik ekspresi artistik dan reka bentuk.

“Setiap perincian dalam ruang luas serta imersif ini direka dengan teliti bagi merangsang deria penglihatan, bunyi serta persepsi ruang sepanjang perjalanan.

“The Feruni Atelier terungkap melalui siri segmen terpilih iaitu masing-masing dengan pengalaman ruang tersendiri yang membawa pengunjung menyelami koleksi dengan lebih mendalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

jubin
Pengunjung berpeluang menyelami pengalaman ruang unik di The Feruni Atelier yang menzahirkan transformasi jubin sebagai medium seni dan penceritaan visual.

Ngei menambah, teras utama The Feruni Atelier adalah persembahan kuasa transformasi seni di mana jubin berfungsi sebagai peneman kepada pengalaman yang menjadi tunjang perjalanan pengunjung sambil membenarkan seni, penceritaan dan pengalaman ruang mengambil tempat utama.

Kata beliau, Feruni mengubah jubin menjadi pengalaman seakan galeri seni yang diperhalusi, di mana seni mengikut inspirasi.

Menurut beliau, bermula dengan The Theatre, ia segmen mukadimah kepada pengalaman imersif yang bakal didedahkan di dalamnya dan disusuli segmen Seni Mentransformasi Budaya yang mempersembahkan kolaborasi antara Feruni dan Farah Mohan dari Novak Batik.

“Segmen Seni Mentransformasi Masyarakat pula adalah kolaborasi kreatif antara Feruni dan Loka Made untuk merakam intipati Malaysia melalui penceritaan visual.

“Sementara segmen Seni Mentransformasi Reputasi pula adalah kolaborasi antara Studio Feruni dengan jenama antarabangsa terkemuka dan segmen Seni Mentransformasi Perniagaan pula menawarkan pengalaman strategik di mana seni, keindahan, dan inspirasi mencipta nilai, mencetuskan emosi dan meninggalkan kesan yang mendalam,” katanya.

Feruni memperluaskan pengalaman The Feruni Atelier merentasi beberapa ruang yang berbeza, menawarkan naratif yang unik kepada pengunjung melalui The Immersive Tour.

Untuk tempahan dan temu janji, orang ramai boleh hubungi 016-6627828 melalui SMS.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button