Sentuhan Sally Whoo warnai koleksi terbaharu Zara Awliya, lancar Telekung Leona
KUALA LUMPUR – Dunia fesyen ibadah tanah air menerima suntikan segar apabila jenama terkenal, Zara Awliya, berkolaborasi bersama pempengaruh media sosial popular, Nur Salihah Aimuni Muhammad Azaham atau lebih dikenali sebagai Sally Whoo, melancarkan koleksi eksklusif Telekung Leona.
Menggabungkan elemen keselesaan premium dan sentuhan estetika elegan, Telekung Leona tampil bukan sekadar sebagai pakaian solat, sebaliknya simbol keanggunan wanita dalam menzahirkan ketenangan spiritual ketika menghadap Ilahi.
Pengasas Zara Awliya, Faridah Hanom Samsudin berkata, kolaborasi tersebut menjadi langkah signifikan dalam memperluaskan dimensi telekung moden dengan menyatukan unsur tradisional dan kontemporari dalam satu rekaan yang harmoni.
“Telekung Leona direka dengan penelitian rapi daripada aspek potongan, pemilihan fabrik sehinggalah perincian lace yang dipilih sendiri oleh Sally. Kami mahu setiap wanita berasa selesa, yakin dan anggun ketika beribadah,” katanya.
Menurut beliau, penggunaan palet warna pastel dan klasik bukan sahaja memberi ketenangan visual, malah melambangkan kesucian serta keikhlasan dalam setiap ibadah yang dilaksanakan.

Telekung Leona menggunakan fabrik Premium Armani Silk yang ringan, sejuk dan sesuai dengan iklim tropika Malaysia. Material tersebut turut bersifat anti-renyuk, sekali gus memudahkan penjagaan dan sesuai untuk wanita aktif serta gemar bermusafir.
Antara keistimewaan utama koleksi ini ialah rekaan muka ‘flexi’ tanpa getah ketat di bahagian dahi yang membantu mengurangkan kesan kemerahan pada kulit selepas solat atau ketika menunaikan ibadah umrah dan haji.

Sally yang juga pengguna setia produk Zara Awliya sebelum ini meluahkan rasa teruja dapat bekerjasama dalam penghasilan koleksi istimewa tersebut.
“Saya percaya keselesaan memainkan peranan besar dalam membantu kita lebih khusyuk. Telekung Leona bukan sahaja cantik, tetapi sangat praktikal dan selesa dipakai dalam tempoh yang lama,” ujarnya.
Selain itu, Sally turut mengakui beliau sebelum ini tidak pernah membuat sebarang ulasan berbayar mengenai Zara Awliya, sebaliknya membeli sendiri telekung jenama itu kerana sifatnya yang sangat teliti dalam memilih pakaian solat.
“Saya memang sangat ‘particular’ tentang telekung. Jadi saya beli sendiri untuk cuba dan ternyata sangat selesa. Bila dah rasa betul-betul puas hati, saya kongsikan di Instagram dan TikTok,” katanya.
Telekung Leona akan mula dijual secara rasmi pada 11 Februari 2026 pada harga RM189 seunit, dengan setiap pembelian didatangkan lengkap dengan beg telekung berzip yang praktikal serta kotak edisi terhad.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















