BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

MKDS perluas rangkaian klinik, kekal fokus kualiti rawatan

KUALA LUMPUR – Megaklinik Dr. Suffian (MKDS) terus mengembangkan rangkaiannya apabila akan membuka tiga lagi cawangan baharu, bermula di Putrajaya bulan depan, diikuti Melaka dan Johor pada tahun hadapan.

Pengarah Urusan Eksekutifnya Dr Suffian Sani Sayuti berkata, pembukaan cawangan itu merupakan satu keperluan kerana jumlah pelanggan meningkat dengan ketara bagi memudahkan mereka mendapatkan rawatan serta konsultasi.

“MKDS menetapkan polisi satu cawangan bagi setiap negeri bagi memastikan standard protokol dan kualiti rawatan kekal pada tahap tertinggi.

“Pada masa sama, MKDS mengalu alukan lebih ramai bakat baharu untuk menyertai pasukan kami dan berkembang bersama organisasi.

“Buat masa ini, kami lebih memilih strategi pengembangan menggunakan dana sendiri berbanding model francais di mana pendekatan ini memastikan kestabilan syarikat dan mengekalkan kualiti protokol MKDS sebagai antara yang terbaik di Asia serta setaraf piawaian global,” katanya.

MKDS yang kini diiktiraf sebagai pusat perubatan penurunan berat badan paling aktif di Malaysia, dengan lebih 2,000 pesakit setiap bulan selain menjadi antara klinik pertama di Malaysia yang mengintegrasikan teknologi Garmin dalam protokol rawatannya.

Klinik
Megaklinik Dr. Suffian membawa kakitangannya bercuti ke Seoul, Korea.

Dalam perkembangan lain, sebagai menghargai pengorbanan dan kesungguhan kakitangannya,
MKDS telah membawa mereka bercuti ke Seoul, Korea selama lima hari baru-baru ini.

Pengarah Eksekutifnya, Nuraishah Hanani berkata, program percutian tahunan itu merupakan kali kedua diperkenalkan syarikat bermula tahun lalu dengan membawa seluruh pasukan ke Osaka, Jepun.

Menurut beliau, budaya itu diwujudkan sebagai satu cara untuk berkongsi rezeki bersama seluruh warga kerja yang telah bersama membangunkan MKDS.

“Program lawatan itu juga berperanan meningkatkan motivasi, komitmen dan kualiti kerja dalam kalangan kakitangan serta para doktor supaya nama baik MKDS sentiasa berada pada tahap tertinggi.

“Walaupun kos lawatan ke luar negara secara keseluruhan adalah tinggi berbanding penganjuran di dalam negara, MKDS mampu melaksanakannya kerana pengurusan kewangan syarikat yang efisien dan telus.

“Perancangan kewangan bagi program ini telah disusun setahun lebih awal di mana pendekatan MKDS adalah untuk berkembang bersama pasukan, bukan hanya membolehkan pengasas menikmati kejayaan secara bersendirian,” katanya dalam kenyataan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button