Mandrill Tech lonjak kecekapan operasi perusahaan, industri melalui AI
KUALA LUMPUR – Mandrill Tech terus mengukuhkan peranannya dalam mempercepat transformasi digital perusahaan apabila tampil sebagai antara peneraju penyelesaian kecerdasan buatan (AI) dan data yang membantu organisasi meningkatkan kecekapan serta daya saing.
Perkara itu dibuktikan apabila syarikat berkenaan diiktiraf secara rasmi oleh The Asia Record sebagai rakan teknologi AI dan data teraju bagi transformasi perusahaan 2025, sekali gus menonjolkan kepakaran serta komitmennya dalam memacu inovasi merentas pelbagai industri.
Ketua Pegawai Eksekutif Mandrill Tech, Davent Low berkata, pihaknya berbangga atas pencapaian tersebut yang mencerminkan dedikasi berterusan syarikat dalam memperkasa perniagaan menerusi teknologi.
“Pencapaian ini mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan semangat kami untuk membantu perniagaan membuka peluang baharu melalui AI.
“Kami berharap dapat terus memacu transformasi digital yang berimpak buat pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kejayaan itu turut mengukuhkan kedudukan Mandrill Tech sebagai rakan kongsi dipercayai dalam penyelesaian perusahaan berasaskan AI dan data.
Menurutnya, sebagai rakan teknologi utama, Mandrill Tech telah membina reputasi kukuh dalam menyampaikan penyelesaian inovatif yang membantu syarikat meningkatkan kecekapan operasi, menambah baik proses membuat keputusan serta mempercepatkan pertumbuhan.
“Pendekatan khusus serta pengetahuan industri yang mendalam membolehkan perniagaan melayari perjalanan transformasi digital mereka dengan jayanya.
“Pengiktirafan ini mengesahkan kepimpinan kami dalam sektor teknologi AI serta dedikasi untuk membantu perusahaan memanfaatkan sepenuhnya potensi kecerdasan buatan,” ujarnya.
Tambah beliau, melalui penyelesaian AI moden, syarikat itu menyokong organisasi mencapai kelebihan daya saing mampan dalam landskap digital yang kian berkembang pesat.
Mandrill Tech turut dipaparkan dalam buku Asia Record Book of Achievements 2025/2026 yang boleh didapati di kedai buku utama serta laman web rasmi The Asia Record.
Sementara itu, pencalonan bagi The Asia Records kini dibuka secara rasmi dan orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web rasmi di www.theasiarecords.com atau menghubungi talian 012-288 6132.
Sebagai rekod, Mandrill Tech merupakan penyedia penyelesaian AI dan data perusahaan yang memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan transformasi digital organisasi melalui integrasi kecerdasan buatan, analitik data raya serta pembangunan teknologi tempahan khas.
Penyelesaian ditawarkan direka bagi memastikan skalabiliti, fleksibiliti dan impak nyata dalam membantu perusahaan moden mencapai pertumbuhan mampan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















