Perak Bison dinobat pasukan terbaik Anugerah Sukan Negeri Perak
IPOH – Pasukan Sepaktakraw Perak, Perak Bison, diumum sebagai Pasukan Terbaik Negeri Perak bagi tahun 2023/2024 sempena Majlis Anugerah Sukan Negeri Perak yang berlangsung di Hotel Casuarina@Meru, di sini, semalam.
Anugerah berprestij itu disampaikan sebagai penghargaan kepada pencapaian cemerlang pasukan berkenaan dalam pelbagai kejohanan sepanjang tahun, sekali gus mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan.

Ketua pasukan Perak Bison, Meor Zulfikar menzahirkan rasa syukur atas penghormatan yang diterima.
“Tak hebat mana, tapi Allah tetap bagi rasa nikmat syukur ni,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.
Majlis itu turut menyaksikan Presiden Persatuan Sepaktakraw Perak (PERSEDAR) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan menerima Anugerah Kepimpinan Sukan Negeri Perak sebagai pengiktirafan atas sumbangan besar beliau dalam memajukan pembangunan sukan negeri.

Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) turut menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Perak Bison atas kejayaan itu yang disifatkan sebagai pencapaian membanggakan dan menjadi motivasi kepada pasukan serta komuniti sukan sepak takraw di seluruh negara.
Pengiktirafan tersebut sekali gus memperkukuh kedudukan Perak sebagai antara negeri yang aktif membangunkan sukan tradisi dan berupaya mencipta kejayaan berterusan di peringkat lebih tinggi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








