JENAYAH & MAHKAMAH

Polis percaya pemuda dibunuh akibat dendam

BANTING – Polis percaya kes pembunuhan seorang lelaki berusia lingkungan awal 20-an, di sini semalam, adalah bermotifkan dendam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.01 tengah malam tadi mengenai seorang lelaki yang diserang dan ditetak sekumpulan individu.

Susulan kejadian, pihak polis menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan.

“Pihak polis telah menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Akmalrizal berkata, kesemua suspek yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar Banting.

Siasatan awal mendapati, dendam dipercayai menjadi motif serangan berkenaan dan siasatan lanjut masih diteruskan, katanya.

Mangsa difahamkan tinggal bersama ibu bapanya, di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berhampiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button