AGC arah PDRM lengkapkan siasatan kematian pemandu lori dalam tahanan
KUALA LUMPUR – Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman diarahkan untuk segera melengkapkan siasatan berhubung kematian M Manisegaran.
Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan siasatan itu bagi membolehkan kes dirujuk kepada Mahkamah Koroner untuk menentukan punca dan sebab kematian pemandu lori terbabit.
“Jabatan ini kekal komited memastikan setiap kes kematian dalam tahanan ditangani secara telus, menyeluruh dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa,” kata AGC sambil menambah laporan penuh siasatan dijangka dirujuk kepada AGC dalam masa terdekat.
Media sebelum ini melaporkan Menteri Digital, Gobind Singh Deo menggesa AGC menjelaskan dakwaan berhubung seorang pemandu lori yang meninggal dunia dalam tahanan polis tetapi tidak disiasat selepas lebih sembilan bulan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan siasatan secara telus, terbuka dan terperinci tanpa melindungi mana-mana pihak berhubung kes kematian dalam tahanan di negara ini
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







