BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan Rafidah, tiga yang lain didakwa cetus kecoh di majlis pecah tanah Kampung Sungai Baru

KUALA LUMPUR – Polis menahan selebriti yang juga aktivis, Rafidah Ibrahim dan tiga individu yang lain selepas cuba mencetuskan kekecohan pada majlis pecah tanah Kampung Sungai Baru, di sini, pagi tadi.

Individu berkenaan termasuk dua wanita berusia antara 39 hingga 47 tahun ditahan di kawasan sekitar Kampung Sungai Baru selepas didapati menjerit sehingga mendatangkan gangguan pada majlis berkenaan.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, penahanan individu terbabit adalah sebagai langkah pencegahan sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah.

“Mereka ditahan kerana disyaki menjadi individu yang mendalangi perhimpunan yang akan diadakan susulan daripada seruan mengajak orang ramai turun melakukan protes di majlis berkenaan oleh penama Rafidah Ibrahim.

“Seruan ini dimuat naik di laman media sosial aplikasi TikTok pada 28 November lalu atas tajuk ‘Majlis Pecah Tanah Kampung Sungai Baru’,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Fadil berkata, Polis Kuala Lumpur akan menjalankan siasatan lanjut ke atas keempat-empat individu terbabit berlandaskan peruntukan undang-undang sedia

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button