BERITA SEMASA

Jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew dan Bulatan Pudu ditutup setahun

KUALA LUMPUR – Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi atau Petaling Jaya berhadapan Fraser Business Park dan Bulatan Loke Yew di sini akan ditutup selama setahun bermula 5 Ogos ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataannya berkata, penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja pengubah suaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.

Sebagai penyelesaian kepada penutupan itu, DBKL menasihatkan pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu menggunakan beberapa lencongan yang telah disediakankan.

Trafik dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Sg Besi atau Petaling Jaya akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan memasuki laluan kontra.

Antaranya ialah laluan dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Sungai Besi atau Petaling Jaya akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan memasuki laluan kontra di Lorong bersebelahan.

“Manakala trafik dari Sungai Besi atau Petaling Jaya untuk ke Bulatan Kampung Pandan akan dilencongkan ke susur kiri melalui Bulatan Loke Yew.

“Trafik Cheras menghala ke Jalan Loke Yew hanya dibenarkan untuk membuat pusingan U sahaja menghala arah Cheras semula dan pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal,” katanya.

DBKL berkata, laluan alternatif trafik dari Cheras menuju ke Jalan Sungai Besi adalah melalui Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga.

Bagi trafik dari Cheras dan menghala ke Jalan Yew pula hendaklah melakukan pusingan U di persimpangan ’fly-over’ di Jalan Maharajalela dan ini juga sama untuk trafik yang datang dari Cheras dan menuju ke kawasan persekitaran Jalan Yew (Sila rujuk Lampiran 3A, 3B dan 3C).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button