BERITA SEMASA

Ibu pelajar lari dari asrama buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis dibuat oleh ibu kepada Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi, 14, yang melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah di sini kerana mendakwa tidak tahan dibuli.

Shuhada Jamaludin, 38, berkata laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Cancelor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini pada pukul 11.16 pagi.

“Saya buat laporan polis secara berseorangan kerana anak saya masih menerima rawatan di HCTM. Anak saya semakin pulih, dan sudah bersedia untuk beri keterangan kepada pihak polis sekiranya diperlukan,” katanya memetik laporan Bernama.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata Muhammad Daniel dilaporkan hilang dari kawasan sebuah sekolah di Cheras sebelum ditemukan dalam keadaan lemah di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak di sini, pada 8 Disember lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button