Aminuddin gesa tindakan segera terhadap pihak tidak hormat institusi diraja, sentuh isu 3R
SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak menghormati institusi diraja.
Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi menangani isu berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) yang boleh menjejaskan keharmonian serta perpaduan masyarakat.
Menurutnya, perkara membabitkan institusi diraja tidak seharusnya dijadikan bahan pertikaian sehingga boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan rakyat.
“Itu satu perkara saya menyeru kepada pihak berkuasa apabila isu 3R ini supaya diambil tindakan segera kerana kita tidak ingin perpecahan yang membuat pertuduhan hinggakan perkara istana pun dibawa dalam pihak raya kali ini.
“Jadi saya berharap bahawa pihak yang berwajib ambil tindakan segera. Kita tidak ingin melahirkan golongan yang menjadi penghasut kepada perpecahan di Negeri Sembilan,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya hari ini.
Baca juga : Saingan tiga penjuru di DUN Linggi beri peluang lebih baik – Aminuddin
Hari ini, Istana Negeri Sembilan meminta semua parti politik supaya tidak mengaitkan institusi itu dalam ceramah dan kempen PRN Negeri Sembilan Ke-16.
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, dalam kenyataan berkata Istana Negeri Sembilan menegaskan, institusi diraja sentiasa menjunjung prinsip berkecuali dan tidak terbabit dengan mana-mana parti atau kegiatan politik.
Aminuddin menegaskan, semua pihak perlu menjaga sensitiviti berkaitan institusi diraja dan tidak mengambil kesempatan dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian masyarakat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















