Jenayah & Mahkamah
Masak mi segera di stesen minyak: 4 didakwa hari ini
KUALA LUMPUR – Empat daripada 15 individu yang ditahan berhubung kes memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini akan dituduh di mahkamah, hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pertuduhan ke atas mereka akan dijalankan di Mahkamah Bentong, Pahang, pada jam 9 pagi.
Mereka yang akan dituduh terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita berusia 23 hingga 24 tahun.
Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, dilaporkan berkata polis menahan 15 orang termasuk lima wanita berusia 23 hingga 28 tahun untuk membantu siasatan kes itu.