NONGSHIM jadikan Malaysia pasaran strategik, sasar generasi muda
KUALA LUMPUR – Malaysia dilihat sebagai antara pasaran paling menarik di Asia Tenggara bagi NONGSHIM, pengeluar mi segera nombor satu Korea, untuk mengukuhkan pertumbuhan jangka panjang menerusi penawaran makanan Korea asli, premium dan dijamin Halal.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden NONGSHIM, Antonio Jo berkata, komitmen itu dibuktikan menerusi pelaburan syarikat terhadap generasi pengguna muda di Malaysia, selain terus menghormati budaya tempatan.
Menurut beliau, sebagai jenama ramyun ikonik Korea, NONGSHIM perlu mendekati golongan muda yang berada dalam era digital pantas, sentiasa terhubung dengan internet serta mendambakan kebebasan digital dan gaya hidup tanpa sempadan.
“Justeru, NONGSHIM kini memperkukuh komitmen di Malaysia melalui salah satu platform hiburan paling popular di negara ini seperti program realiti Big Stage Rocketfuel.
“Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat membina hubungan emosi yang lebih dekat dengan generasi anak muda Malaysia yang akan datang bagi melangkaui strategi baharu dalam pengiklanan dengan mencipta pengalaman pengguna yang bermakna.
“Selain itu, Malaysia mewakili salah satu pasaran paling menarik di Asia Tenggara buat syarikat di mana pengguna menghargai makanan asli Korea sambil mengutamakan kualiti dan jaminan Halal,” katanya dalam kenyataan.

Antonio berkata, NONGSHIM kini beralih daripada pengiklanan tradisional kepada penciptaan pengalaman baharu menerusi hiburan, kandungan digital, kerjasama pempengaruh dan penglibatan pengguna bagi membina daya tarikan jenama yang berkekalan.
Katanya, anak muda Malaysia hari ini sedia terhubung secara global dan menikmati kandungan seperti makanan, selain mengharapkan jenama yang menawarkan keaslian rasa Korea, ketelusan dan keterjaminan Halal.
Seiring peningkatan populariti di peringkat global, NONGSHIM akan terus mengembangkan rangkaian produknya dengan perisa-perisa inovatif yang memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah.
Baca juga : NONGSHIM suntik kelainan Big Stage Rocketfuel musim ketujuh
Sementara itu, GBA Corporation Sdn Bhd yang merupakan pengedar utama produk makanan NONGSHIM di negara ini, memerhati bahawa pengguna masa kini memilih untuk merasai pengalaman asli dan jenama yang memahami gaya hidup mereka.
Pengurus Komersialnya, Foo Siew Kheng berkata, melalui Big Stage Rocketfuel, pihaknya memperkenalkan NONGSHIM kepada generasi muda menerusi pendekatan yang lebih relevan, menarik dan bermakna.
Katanya, hubungan yang dibina melalui budaya, hiburan dan muzik dapat mencipta pengalaman bermakna serta mendekatkan jenama kepada pelbagai lapisan masyarakat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








