Bella Astillah, Syed Saddiq luang masa bersama tonton F1, sertai larian sebelum hari bahagia
KUALA LUMPUR – Di sebalik kesibukan membuat persiapan menjelang hari bahagia, pelakon serta penyanyi, Bella Astillah dan tunangya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sempat meluangkan masa bersama dengan menyaksikan aksi Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.
Pasangan yang bakal disatukan pada 10 Oktober ini itu hadir menyaksikan sesi ujian masa F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 yang berlangsung di litar berkenaan.
Bagi Bella, pengalaman menyaksikan perlumbaan berprestij dunia itu buat pertama kali menjadi satu kenangan istimewa, selain teruja dapat menikmati acara berkenaan bersama tunangnya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Bella mengakui pengalaman pertama menonton F1 secara langsung sebagai sesuatu yang luar biasa dan menyeronokkan.
“Pertama kali di F1, dan jujur pengalaman yang luar biasa! Terbaik. Sangat menyeronokkan menikmati semuanya, dan sangat berterima kasih kepada tunang saya kerana menjadikannya kenyataan,” tulisnya.
Perkongsian itu turut menerima reaksi positif daripada rakan selebriti dan pengikut pasangan berkenaan yang mendoakan agar segala urusan perkahwinan mereka berjalan lancar dan dipermudahkan.
Sementara itu, menerusi hantaran video terbaharu di IG, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkongsi video menyertai acara larian di Dataran Merdeka dengan ditemani Bella.
“Lari terakhir sebelum kahwin. Nasib baik dapat course Personal Best. Terima kasih Bella Astillah kerana setia menunggu,” tulisnya menerusi kapsyen.
Syed Saddiq turut mencatat masa satu jam, 38 minit dan 31 saat dalam acara larian berkenaan, sekali gus meraih ucapan tahniah daripada netizen.
“Tahniah YB. Yeayy, sekarang dah boleh fokus kahwin,” komen @abewee1.
“Alhamdulillah, Tahniah YB. Yang Bella setia menanti menyambut di garisan penamat,” tulis @rohiad pula.
“Mantap YB. Larian Pengantin Baharu,” komen seorang lagi pengguna media sosial.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








