BERITA SEMASA

Program Salam Agrikomoditi kembali meriahkan Seremban 22 Ogos ini

PUTRAJAYA – Warga Seremban dan kawasan sekitar dijemput memeriahkan Program Salam Agrikomoditi anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yang akan berlangsung pada 22 Ogos ini.

Menurut KPK dalam satu kenyataan, program yang dijadualkan bermula pada jam 1 petang itu akan diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan.

“Antara pengisian menarik yang disediakan termasuk Reruai Agrikomoditi, Taklimat BUDI Agri-Komoditi, Pertandingan Mewarna, Demonstrasi Pembuatan Minyak Wangi serta Jualan RAHMAH.

“Program berkenaan akan disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim,” katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya, penganjuran program itu turut membuka peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat serta mengenali dengan lebih dekat sektor agrikomoditi negara, selain perkhidmatan yang disediakan KPK dan agensi berkaitan.

“Orang ramai khususnya warga Seremban dan kawasan sekitar digalakkan mengambil peluang untuk hadir bersama keluarga bagi memeriahkan program berkenaan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button