BERITA SEMASA

Mesyuarat pasca Kabinet KPK perkukuh hala tuju sektor agrikomoditi

PUTRAJAYA – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bagi membincangkan perkembangan semasa sektor agrikomoditi negara.

Mesyuarat berkenaan memberi tumpuan kepada pelbagai isu berkaitan dasar, perkembangan industri serta tindakan susulan kementerian dalam memastikan sektor agrikomoditi terus diperkasa dan kekal berdaya saing.

Perbincangan turut merangkumi perkara-perkara semasa yang memerlukan perhatian serta tindakan kementerian dan agensi berkaitan bagi memperkukuh hala tuju sektor berkenaan.

Turut hadir ialah pengurusan tertinggi KPK serta pegawai kanan agensi dan majlis di bawah kementerian.

Mesyuarat itu mencerminkan komitmen KPK untuk memastikan agenda pembangunan sektor agrikomoditi terus dilaksanakan secara berterusan, tersusun dan selaras dengan kepentingan industri serta negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button