Harga minyak sawit mentah naik RM45.50 kepada RM4,593 satu tan
KUALA LUMPUR – Harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat RM45.50 atau 1.00 peratus kepada RM4,593 satu tan pada Rabu berbanding hari sebelumnya.
Menurut data Kementerian Perladangan dan Komoditi, harga tandan buah segar (TBS) bagi kadar 1 peratus kadar pengeluaran minyak (OER) turut mencatat kenaikan di semua wilayah.
Harga TBS di Utara meningkat RM0.81 kepada RM49.97, manakala Selatan naik RM0.76 kepada RM50.17.
Bagi Tengah, harga TBS meningkat RM0.87 kepada RM50.16, diikuti Timur yang naik RM0.79 kepada RM49.92.
Di Sabah, harga TBS meningkat RM0.71 kepada RM44.39, manakala Sarawak turut mencatat kenaikan RM0.71 kepada RM44.86.
Sementara itu, harga getah asli Standard Malaysian Rubber (SMR 20) meningkat 14 sen kepada 928.50 sen sekilogram, bersamaan kenaikan 1.53 peratus.
Harga lateks 100 peratus kandungan getah kering (KGK) di Semenanjung pula turun 8.33 sen kepada 942.50 sen sekilogram.
Harga sekerap 50 peratus KGK turut mencatat penurunan, masing-masing kepada 392.21 sen sekilogram di Semenanjung, 357.40 sen di Sabah dan 343.27 sen di Sarawak.
Dalam sektor koko, harga biji koko (SMC 1) merosot RM400 satu tan di semua wilayah.
Harga koko masing-masing berada pada RM14,200 satu tan di Semenanjung, RM14,100 di Sabah dan RM13,600 di Sarawak.
Bagi komoditi lada, harga lada hitam kekal pada RM25,400 satu tan, manakala lada putih kekal RM36,380 satu tan, tanpa perubahan berbanding hari sebelumnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








