Stesen minyak enggan jual diesel, KPDN ambil tindakan
BUKIT MERTAJAM – Tindakan tegas diambil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang terhadap sebuah stesen minyak di Juru, di sini selepas didapati enggan menjual diesel kepada seorang pemandu lori seperti tular di media sosial.
Menurut KPDN, sepasukan lima pegawai penguat kuasa telah digerakkan ke lokasi berkenaan kira-kira pukul 8 malam semalam bagi menjalankan pemeriksaan lanjut susulan aduan awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati stok diesel di stesen tersebut masih mencukupi.
“Bagaimanapun, penjualan kepada bukan pelanggan tetap telah dihadkan kepada hanya 20 liter bagi setiap transaksi,” menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook agensi itu.
Susulan itu, satu kes telah dibuka dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16A(1)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan enggan menjual barang kawalan.
Dalam pada itu, KPDN menggesa orang ramai agar terus memainkan peranan sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan menerusi inisiatif KITA GEMPUR bagi menyalurkan maklumat berkaitan salah laku peniaga.
Aduan boleh dibuat melalui WhatsApp di talian 019-848 8000, portal e-Aduan, talian Call Centre 1-800-886-800 serta aplikasi Ez ADU KPDN.
Terdahulu, sebuah video tular memaparkan seorang pemandu lori berang selepas penjaga stesen minyak berkenaan didakwa enggan menjual diesel kepadanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















