BERITA SEMASASUKAN

UEFA terus gasak Infantino walaupun cadangan jual kepentingan Piala Dunia dibatalkan

LONDON – Presiden Persekutan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino membatalkan keputusannya untuk menjual sebahagian kepentingan Piala Dunia kepada firma pelaburan swasta berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Pengumuman pembatalan itu bagaimanapun, dijangka tidak mampu menyelamatkan kedudukan Infantino apabila Kesatuan Bola Sepak Eopah (UEFA) memberi amaran bahawa gaya kepimpinannya tidak boleh diteruskan, sambil menuntut semakan menyeluruh dan asas terhadap tadbir urus FIFA.

Menurut The Guardian, UEFA dalam satu kenyataan yang bernada tegas dan merujuk kepada “rancangan sulit”, “perjanjian belakang tabir yang memalukan” dan “individu tanpa wajah” berkata, perubahan pada peringkat tertinggi FIFA perlu dilaksanakan

Walaupun kenyataan itu tidak menggesa Infantino meletakkan jawatan secara terbuka, kepimpinan UEFA difahamkan berpendirian, beliau tidak sepatutnya terus kekal selepas krisis yang berpunca daripada tindakannya sendiri.

Pandangan itu turut dikongsi oleh banyak badan pentadbir bola sepak utama di seluruh dunia.

Pegawai kanan bola sepak Eropah juga dilaporkan telah memulakan proses mengenal pasti calon bagi mencabar Infantino dalam pemilihan Presiden FIFA tahun depan, dan usaha itu dijangka diteruskan dalam beberapa hari akan datang.

UEFA dalam kenyataan tersebut turut menegaskan, di bawah kepimpinan Presidennya, Aleksander Ceferin badan itu akan terus mendesak perubahan dalam FIFA.

“Kita tidak boleh terus membiarkan keadaan ini berlaku dengan rancangan sulit yang dipercepatkan, dirancang melalui perjanjian belakang tabir oleh individu tanpa identiti jelas dan yang manfaatnya kepada bola sepak amat diragui.

“Kita mesti mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan memastikan mereka dipertanggungjawabkan,” kata kenyataan itu lagi.

Selain UEFA, cadangan Infantino untuk menjual kepentingan tersebut turut ditentang CONCACAF dan AFC

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button