
Syahir Rosdi selamat bernikah, Ain Najwa Irwan pilihan hati
HULU LANGAT – Pemain sepak takraw kebangsaan, Syahir Rosdi, selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Ain Najwa Irwan, dalam satu majlis sederhana di Ghazi House, hari ini.

Dalam majlis penuh bermakna itu, pasangan berkenaan sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, dengan mas kahwin sebanyak lima gram emas.
Majlis yang berlangsung dalam suasana tenang itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua-dua mempelai.
Adik kepada pengantin lelaki, Syahril Rosdi, berkata majlis resepsi dijangka diadakan selepas Piala Dunia Sepak Takraw yang dijadual berlangsung pada Jun depan.
“Insya-Allah, majlis resepsi mungkin diadakan selepas abang selesai komitmen bersama skuad kebangsaan,” katanya kepada Malaysia Tribune.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan doa agar pasangan pengantin baharu itu kekal bahagia.
“Saya mendoakan agar mereka berdua sentiasa bahagia dan dipermudahkan segala urusan dalam melayari alam rumah tangga,” katanya lagi.
Syahir yang kini menjadi antara tonggak utama negara dalam sukan sepak takraw difahamkan sedang giat menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi kejohanan antarabangsa berkenaan.
Perkahwinan itu menjadi detik bermakna buat atlet tersebut dalam mengimbangi komitmen sebagai pemain negara dan tanggungjawab sebagai seorang suami, selain terus membawa cabaran Malaysia di pentas dunia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








