Penantian 7 tahun regu takraw negara berakhir, tewaskan Vietnam di akhir
BANGKOK – Selepas menanti selama tujuh tahun, pasukan regu Sepak Takraw Malaysia akhirnya kembali menjuarai acara beregu lelaki di Sukan SEA 2025, menewaskan Vietnam 15-9, 15-9 sebentar tadi.
Emas ini merupakan emas ke-57 negara dan menutup tirai saingan Malaysia pada kejohanan kali ini.
Regu utama Malaysia yang diturunkan pada permulaan set pertama terdiri daripada Shahir Rosdi (tekong), Azlan Alias (perejam) dan Farhan Adam (pengumpan).
Haziq Hairul Nizam (tekong) kemudiannya dimasukkan turut mempamerkan aksi cemerlang termasuk lima ace untuk mengekalkan kelebihan pasukan.
Pasukan Vietnam menampilkan Ngo Thanh Long (tekong), Huynh Ngoc Sang (perejam), Vuong Minh Chau (pengumpan), Nguyen Hoang Lan dan Dau Van Hoang.
Kemenangan itu bukan sahaja menamatkan penantian panjang Malaysia sejak kali terakhir meraih emas dalam acara regu Sepak Takraw di tanah air, malah membuktikan dominasi sepak takraw di pentas Sukan SEA.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








