BISNES & EKONOMI

Eksport sarang burung ke China disambung semula

PUTRAJAYA – Eksport sarang burung walet dari Malaysia ke China diteruskan selepas protokol baharu dimuktamadkan oleh kedua-dua negara, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dalam satu kenyataan semalam.

Protokol itu yang melibatkan keperluan pemeriksaan, kuarantin dan kebersihan untuk eksport sarang burung mentah yang belum dibersihkan serta yang telah dibersihkan dimuktamadkan pada 15 Januari 2025 melalui kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia dan Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China (GACC).

Menurut DVS, langkah itu diambil susulan penggantungan sementara eksport sarang burung walet sejak 20 Disember 2024.

Beberapa perundingan diadakan bersama GACC bagi memastikan protokol tersebut memenuhi garis panduan veterinar antarabangsa dan kepentingan kedua-dua pihak.

“Kami juga telah mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri dan perbincangan dengan kementerian berkaitan bagi memastikan keperluan protokol ini dapat dipatuhi sepenuhnya,” kata jurucakap DVS.

Pemulihan eksport itu dijangka memberikan manfaat besar kepada penternak, pemproses dan pengeksport sarang burung di Malaysia.

Anggaran awal menunjukkan nilai eksport sarang burung walet ke China boleh mencecah RM90 juta dalam masa terdekat.

DVS turut memberi jaminan bahawa semua produk yang dihantar ke China adalah berkualiti tinggi, selamat dimakan dan mematuhi peraturan serta protokol yang telah ditetapkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button