BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Eksport perabot, getah dan sawit Malaysia kukuh ke Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mencatat prestasi memberangsangkan dalam eksport ke Amerika Syarikat (AS), khususnya melibatkan produk perabot, getah dan kelapa sawit dengan nilai keseluruhan mencecah lebih RM23 bilion pada tahun 2024.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, AS kekal sebagai pasaran eksport terbesar bagi sektor perabot Malaysia, dengan jumlah eksport sebanyak RM9.56 bilion.

“Eksport produk berasaskan getah pula berjumlah RM10.17 bilion, manakala kelapa sawit mencatatkan nilai eksport RM3.82 bilion.

“Ini membuktikan produk Malaysia masih mendapat permintaan tinggi walaupun terdapat pelbagai cabaran dari segi tarif dan dasar perdagangan,” katanya semasa membentangkan perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, pencapaian itu turut menunjukkan keupayaan industri tempatan dalam mengekalkan kualiti dan daya saing di peringkat global.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memantau dasar perdagangan AS serta mengambil langkah proaktif bagi melindungi kepentingan eksport negara.

“Kerajaan akan memastikan pemain industri mendapat sokongan sewajarnya untuk terus menembusi pasaran antarabangsa dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai rakan dagang utama,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button