BERITA SEMASA

Bangladesh mohon kerjasama Malaysia bantu cari jalan penyelesaian isu etnik Rohingya

PUTRAJAYA – Kerajaan Bangladesh memohon kerjasama Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu etnik Rohingya yang kekal menjadi antara cabaran terbesar kepada republik berkenaan.

Permintaan itu dizahirkan Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof. Dr. Muhammad Yunus ketika sidang media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Perdana Putra, hari ini.

Bercakap mengenai kerajaan Bangladesh ketika ini, Muhammad Yunus berkata, beliau diminta menerajui pimpinan pentadbiran negara itu tahun lalu ketika tercetusnya gerakan kebangkitan rakyat terutamanya golongan muda.

“Rejim terdahulu telah menindas demonstrasi, melakukan keganasan terhadap rakyat dan meruntuhkan institusi negara.

“Kebangkitan itu membawa kepada penubuhan kerajaan baharu dan saya telah diundang untuk memimpinnya.

“Pada waktu yang penuh ketidaktentuan itu, ketika saya masih mencari haluan, siapakah yang hadir? Sahabat saya, Anwar Ibrahim,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Yunus diberikan sambutan rasmi sebelum mengadakan perbincangan dua hala bersama Anwar selama lebih sejam di Kompleks Perdana Putra hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button