BERITA SEMASA

Kapal Conscience sertai misi FFC X TMTG diganggu dron – MyCARE

KUALA LUMPUR – Kapal Conscience yang membawa sembilan delegasi Malaysia bagi misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dilaporkan berdepan gangguan apabila tiga hingga empat dron berlegar di ruang udara kapal, dipercayai cubaan intimidasi ketika menghampiri perairan Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, berdasarkan maklumat diterima, kehadiran dron itu dilihat sebagai usaha menekan semangat peserta misi yang kini semakin hampir ke Gaza.

“Prof Alauddin, selaku ketua delegasi Malaysia di atas kapal Conscience melakukan terdapat tiga ke empat dron berlegar atas kapal. Namun tak pasti status dron itu. Itu memang strategi biasa untuk takutkan,” katanya dalam sidang media hari ini.

@malaysiatribune

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar hari ini memaklumkan, Kapal Conscience bagi misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) berada kurang daripada 250 batu nautika dari Gaza dan dijangka memasuki zon kuning dalam tempoh 24 jam. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Mengulas lanjut, Kamarul berkata, kapal Conscience kini berada kurang daripada 250 batu nautika dari Gaza dan dijangka memasuki zon kuning dalam tempoh 24 jam.

“Pada asalnya, kapal dijangka tiba lebih awal, namun mereka menukar strategi dengan memperlahankan pelayaran bagi menunggu lapan kapal layar Thousand Madleens, termasuk Ummu Saad yang turut membawa seorang doktor Malaysia, Dr Maziah,” katanya.

Baca juga : Kapal Conscience sertai misi FFC X TMTG diganggu dron – MyCARE

Tambah Kamarul, tindakan memperlahankan pelayaran itu juga bagi mengelak risiko tiba pada 7 Oktober, tarikh yang disifatkan sensitif kerana dikhuatiri boleh dijadikan alasan oleh Israel untuk melakukan serangan terhadap misi kemanusiaan berkenaan.

Beliau menambah, komunikasi antara peserta misi dengan pihak MyCARE serta keluarga di Malaysia berjalan lancar hasil penggunaan teknologi Starlink yang membolehkan siaran langsung dan kemas kini dilakukan terus dari atas kapal.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button