Israel ancam serang semula Gaza
TEL AVIV – Israel mengancam akan menyambung semula serangan ke atas Tebing Gaza sekiranya Hamas tidak membebaskan lebih ramai tebusan sebelum tengah hari Sabtu ini.
Amaran itu dikeluarkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam ucapannya yang dimuat naik di akaun media sosialnya, semalam, lapor The Guardian.
“Jika Hamas tidak memulangkan tebusan kami sebelum tengah hari Sabtu (depan) – gencatan senjata akan berakhir, dan tentera zionis akan kembali berperang dengan sengit sehingga Hamas akhirnya dikalahkan,” katanya.
Hamas sebelum ini menyatakan, pembebasan tiga tebusan yang dijadualkan Sabtu lepas, ditangguhkan susulan pelanggaran syarat gencatan senjata oleh pihak rejim.
Ancaman Netanyahu itu muncul ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadi tuan rumah kepada Raja Abdullah dari Jordan di White House, semalam.
Antara perkara dibangkitkan dalam pertemuan dua pemimpin itu adalah mengenai gencatan senjata di Gaza, dan rancangan Trump untuk ‘mengambil alih’ Gaza serta mengusir lebih daripada 2 juta penduduk Palestin di wilayah itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








