
JENAYAH & MAHKAMAH
3 anak, 3 cucu Ismail Haniyeh maut dibom di Gaza pada 1 Syawal
KAHERAH – Tiga anak lelaki pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza malam tadi.
Menurut laporan media tempatan, tiga anak lelaki Ismail iaitu Hazem, Amir dan Mohammad terkorban selepas kereta yang mereka naiki dibom di Kem Pelarian Al-Shati, kata Hamas.
Dalam serangan itu, tiga cucu Ismail turut terbunuh dalam serangan itu.
“Darah anak-anak lelaki saya bukan lebih utama daripada darah rakyat kami,” kata Ismail menurut sumber Hamas.

Ismail, 61, memiliki seramai 13 anak lelaki dan perempuan.
Ismail yang menetap di Qatar merupakan jurucakap Hamas di peringkat antarabangsa.
Kediaman keluarganya musnah dalam serangan udara Israel pada November tahun lalu.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








