Takut diboikot, Grab nafi sokong Israel
KUALA LUMPUR – Grab Malaysia menafikan dakwaan netizen bahawa syarikat itu menyokong perjuangan Israel susulan kenyataan dibuat oleh Chloe Tong, isteri kepada pengasas bersama Grab.
Penafian itu dipercayai sebagai menangkis gerakan orang ramai memboikot jenama itu selepas mesej simpati Tong kepada Israel.
Grab dalam kenyataan terbaharunya di laman media sosial X menyatakan bahawa kenyataan yang dibuat Tong adalah berdasarkan pandangan yang disuarakan menerusi platform peribadi, serta diambil di luar konteks sebenar.
“Insta Story saya dibuat sebelum saya memahami tentang apa yang terjadi antara Israel dan Gaza. Sepertimana manusia lain, saya berharap gencatan senjata dan keamanan (di Palestin),” kata kenyataan itu yang memetik Insta Story terbaharu Chloe.

Tambah mereka lagi, Grab kekal teguh dengan pendirian pro kemanusiaan, dan menyokong sebarang usaha ke arah keamanan dan pelaksanaan gencatan senjata.
Grab tidak menyokong sebarang bentuk keganasan, dan sebagai ahli United Nations Global Compact (UNGC), mendukung prinsip asas UNGC, yang menghormati perlindungan hak asasi manusia,” katanya.
Syarikat itu juga menyokong sebarang usaha ke arah keamanan dan pelaksanan gencatan senjata.
“Grab tidak menyokong sebarang bentuk keganasan dan sebagai ahli United Nations Global Compact (UNGC), mendukung prinsip asas UNGC yang menghormati perlindungan hak asasi manusia,” kata kenyataan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








