Malaysia tegas desak AS pastikan Israel patuhi gencatan senjata
KUALA LUMPUR – Malaysia sekali lagi menegaskan pendiriannya yang tegas dan tidak berbelah bahagi dalam memperjuangkan keadilan buat rakyat Palestin, khususnya dalam mendesak rejim Israel mematuhi gencatan senjata.
Gesaan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, agar negara itu memastikan rejim Israel mematuhi gencatan senjata di Gaza.
“Di hadapan Presiden Donald Trump, saya membawa pendirian Malaysia dan suara para pejuang keadilan dari seluruh dunia, menuntut agar Amerika Syarikat memastikan rejim Israel mematuhi gencatan senjata di Gaza,” katanya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.
@anwaribrahimofficial Di hadapan Presiden Donald Trump, saya membawa pendirian Malaysia dan suara para pejuang keadilan dari seluruh dunia, menuntut agar Amerika Syarikat memastikan rejim Israel mematuhi gencatan senjata di Gaza. Kita bukan bangsa yang bersembunyi di sebalik laungan dari jauh. Kita berani menyatakan kebenaran secara berdepan demi keamanan yang berkekalan di bumi Palestin. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI
Anwar pada masa sama menegaskan, Malaysia bukan bangsa yang hanya bersuara dari jauh, sebaliknya berani menyatakan kebenaran secara berdepan demi mencapai keamanan yang berkekalan di bumi Palestin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














