IDF serbu Hospital Al Shifa
GAZA – Tentera Israel mengumumkan akan menjalankan serbuan di Hospital Al Shifa di Semenanjung Gaza bagi menggesa anggota kumpulan pejuang, Hamas yang didakwa berada di hospital itu menyerah diri.
Memetik laporan Reuters, jurucakap kementerian kesihatan Gaza berkata Israel memberitahu pegawai di kawasan itu bahawa ia akan menyerbu kompleks hospital Shifa “dalam beberapa minit akan datang.”
Dalam satu kenyataan, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata, berdasarkan maklumat risikan dan keperluan operasi, pasukan IDF sedang menjalankan operasi yang tepat dan disasarkan terhadap Hamas di kawasan tertentu di Hospital Shifa.
“Pasukan IDF termasuk pasukan perubatan dan penutur bahasa Arab, yang telah menjalani latihan khusus untuk mempersiapkan diri menghadapi persekitaran yang kompleks dan sensitif ini, dengan tujuan supaya tiada bahaya yang ditimbulkan kepada orang awam,” kata IDF.
Sebelum ini Israel menuduh Hamas mempunyai pusat kawalan di bawah hospital Al Shifa, yang terbesar di Gaza, dan menggunakan hospital serta terowong di bawahnya untuk menyembunyikan operasi ketenteraan dan menahan tebusan. Hamas menafikannya.
Walaubagaimanapun, Hamas menolak dakwaan tersebut yang kononnya pasukan pejuangnya menggunakan hospital untuk tujuan ketenteraan.
Selasa lalu, Amerika Syarikat (AS) berkata perisikannya sendiri menyokong kesimpulan berkenaan.
Lima minggu selepas Israel berikrar untuk memusnahkan Hamas sebagai tindakan balas terhadap serangan rentas sempadan, nasib Al Shifa telah menjadi tumpuan penggera antarabangsa kerana keadaan semakin teruk di kemudahan itu.
Kakitangan perubatan berkata hospital itu hampir tidak berfungsi kerana serangan Israel dan kekurangan bahan api untuk penjana kuasa.
Tentera Israel melancarkan pertempuran jalanan yang sengit terhadap pejuang Hamas sejak 10 hari lalu sebelum mara ke pusat Gaza City dan sekitar Al Shifa.
Menurut Hamas 650 pesakit dan 5,000 hingga 7,000 orang awam lain terperangkap di dalam kawasan hospital Al Shifa, di bawah tembakan berterusan daripada penembak tepat dan dron Israel.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








