BERITA SEMASAPMX

Komitmen Malaysia salur bantuan ke Gaza tidak akan terhenti

KUALA LUMPUR – Malaysia berikrar akan terus mencari jalan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza di sebalik sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis di kawalan sempadan masuk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pihak berkuasa Israel itu sebagai tidak berperikemanusiaan kerana sanggup membiarkan penderitaan rakyat awam, termasuk golongan kanak-kanak, tanpa sebarang pertimbangan.

“Ratusan lori bantuan dari Malaysia telah disekat, menyebabkan banyak barangan keperluan rosak. Kita masih memiliki kelengkapan, dana dan kemudahan mencukupi.

“Saya juga telah beberapa kali memohon bantuan Mesir bagi memudahkan laluan, tetapi masih berdepan halangan dari Israel,” katanya ketika menjawab soalan dalam sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar menjelaskan, rombongan kedua bantuan kemanusiaan juga belum dapat melepasi pusat pemeriksaan Israel meskipun pelbagai usaha diplomatik digerakkan bersama Mesir, Qatar dan Jordan.

Menurut beliau, Malaysia tetap komited dan akan memperhebat penyaluran bantuan sebaik sahaja laluan masuk ke Gaza dibuka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button