BERITA SEMASAPMX

PM tekankan integriti, hikmah dalam tanggungjawab Kabinet baharu

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia membabitkan Kabinet baharu di Istana Negara di sini, hari ini.

Dalam satu kenyataan, Anwar berkata, mereka yang dipertanggungjawabkan kini perlu menunaikan amanah dengan penuh integriti, kebijaksanaan serta hikmah bagi menjamin kesejahteraan rakyat

“Kini tibalah masanya untuk kesemua yang diamanahkan ini menggalas tanggungjawab dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan hikmah, berteraskan amanah yang luhur, demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara,” kata Anwar dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tujuh menteri termasuk dua yang baharu dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara, di sini, selepas rombakan Kabinet Kerajaan MADANI.

Pada masa sama, lapan timbalan menteri yang baharu dilantik turut mengangkat sumpah jawatan.

Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio, berikutan kekosongan dalam Kabinet Kerajaan MADANI dan keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button