Wan Azizah jalani prosedur kesihatan, PM titip doa buat isteri
KAJANG – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya mendoakan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diberikan kesihatan yang baik dan sembuh segera.
“Susah senang bersama!.
“Doakan kesihatan isteri saya diberi keafiatan sesegera mungkin. Insya-Allah,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.
Terdahulu, Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Dr. Farique Rizal Abdul Hamid memaklumkan Wan Azizah menjalani satu prosedur kesihatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dekat sini, hari ini.
“Alhamdulillah, setakat ini Datuk Seri Dr Wan Azizah berada dalam keadaan yang baik, namun masih memerlukan pemantauan rapi pasukan perubatan.
“Kami menzahirkan penghargaan kepada semua pihak atas doa serta ingatan buat kesembuhan segera Datuk Seri Dr Wan Azizah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau berkata, pihaknya berterima kasih atas ruang privasi yang diberikan kepada Wan Azizah untuk menerima rawatan dengan sempurna.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








