BERITA SEMASA

Kanak-kanak perempuan dibaham buaya ketika mandi di pantai

LAHAD DATU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun hilang selepas dipercayai dibaham buaya ketika mandi di pesisir pantai Jalan Felda Sahabat 16, Desa Kencana, di sini, pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 10 pagi namun identiti penuh mangsa masih belum diperoleh.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Mohd Hamka Mustamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 10.27 pagi menerusi talian MERS999.

Menurut beliau, sejurus menerima maklumat, sepasukan anggota dari BBP Lahad Datu digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan pihak polis.

Katanya, operasi berdepan cabaran berikutan jarak lokasi kejadian yang jauh, iaitu kira-kira 101 kilometer dari balai selain keadaan persekitaran yang berisiko.

“Operasi SAR masih diteruskan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button