JENAYAH & MAHKAMAH

Bapa saksi anak lelaki hilang dibaham buaya ketika menjala

KINABATANGAN – Seorang lelaki dikhuatiri maut selepas dibaham buaya ketika menjala udang di sungai di Kampung Segaliud, di sini malam tadi, dalam kejadian yang turut disaksikan bapanya sendiri.

Mangsa, Mohd Rayyan Abdullah, 28, dilaporkan turun ke sungai bersama bapanya sebelum diserang reptilia berkenaan secara tiba-tiba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.22 malam.

Menurutnya, jarak balai ke lokasi kejadian kira-kira 30 kilometer dan pasukan bomba tiba pada pukul 9.10 malam untuk memulakan operasi.

“Bapa mangsa yang berada di lokasi memaklumkan dia melihat sendiri anaknya dibaham buaya di depan mata,” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan penglibatan empat anggota bomba, namun mangsa masih belum ditemui setakat ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button