Kes eHati: Polis Selangor sahkan dua waran tangkap dikeluarkan
SHAH ALAM – Polis Selangor mengesahkan dua waran tangkap dikeluarkan terhadap dua individu termasuk pengasas program motivasi rumah tangga eHati kerana gagal hadir ke mahkamah.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, pihaknya ketika ini masih lagi mengesan kedua-dua individu terbabit.
“Bersabit dengan kes eHati, memang ada dua waran tangkap dikeluarkan ke atas dua individu kerana kegagalan untuk hadir ke mahkamah sewaktu pertuduhan hendak dijalankan.
“Itu saya sahkan. Memang ada waran tangkap untuk individu itu termasuk pengasas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut kerana polis giat mengesan mereka.
Laporan media bulan lalu menyebut, satu pasangan suami isteri dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, atas pertuduhan melanggar Akta Kaunselor berkaitan penganjuran motivasi rumah tangga, eHati, tahun lalu.
Shazifh Osman, 38, dan Munira Hishamshah, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin dan Majistret Cynthia Noor Haizean Sulaiman.
Berdasarkan pertuduhan, suami isteri yang juga doktor klinik kecantikan itu didakwa menjalankan suatu kesalahan di bawah amalan sebagai kaunselor yang berdaftar di Dewan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Seksyen 15, di sini, antara 27 hingga 30 September tahun lalu.
Justeru, mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22 (1) (a) Akta Kaunselor 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (2) akta sama.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








One Comment