BERITA SEMASA

Kematian penuntut POLISAS: JPPKK beri kerjasama siasatan, utamakan keluarga mangsa

KUANTAN – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes kematian seorang penuntut yang dipercayai dibunuh teman lelakinya, awal pagi semalam.

JPPKK dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kematian penuntut Program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan di Polisas itu.

Menurut kenyataan berkenaan, JPPKK dan POLISAS akan terus memberikan perhatian, sokongan serta bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa sepanjang tempoh berkenaan.

“Sebarang makluman lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, JPPKK menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kehilangan berkenaan.

BACA JUGA:
Kes pelajar wanita maut: Lelaki 19 tahun direman tujuh hari
Pelajar 19 tahun ditemukan maut, teman lelaki ditahan polis

JPPKK turut menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, selain menghormati privasi serta perasaan keluarga mangsa.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan MERS 999 kira-kira pukul 4.32 pagi daripada teman lelaki mangsa yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

Menurut beliau, mangsa ditemukan terbaring di atas katil dalam sebuah bilik sewa di tingkat bawah rumah berkenaan.

Pemeriksaan pakar forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kemudian mendapati terdapat kesan tekanan pada bahagian leher mangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button